Tok Chik Dalam Kenangan

1:24 PM

Ini la datuk aku sebelah ayah..


Aku masih ingat waktu kanak2..
cuti sekolah jer balik rumah Tok Chik di Besut..
hidup suasana kampung...ada parit besar dan sawah padi...
pagi2 cucu2 Tok Chik pakat pergi cari durian di belakang rumah.. seronok sangat..
dapat durian..masing2 taruk durian masuk bonet kereta ayah masing2..haha..
dengan rambutan yang masak ranum... dengan pokok manggis yang lebat buahnya...
dengan gugusan rambai yang tak habis dimakan...
Kat belakan kitorang ni la rumah Tok Chik.. yang bersama aku ni abang aku dan sepupu2 aku..



Aku masih ingat..
Waktu air bah (banjir).. cucu2 Tok Chik pakat berendam... air di paras leher.. seronok...
dengan hujan seakan tak mahu berhenti...
sudah kesejukan.. kami dihidang dengan ubi torok itik dan ubi keling..
tiba2 datang seekor ular air ingin masuk rumah... mana mahu lari.. lantai rumah pun hampir ditenggelami air bah..
kami jerit2 memanggil Tok Chik.. Tok Chik datang bawak kayu halau ular tu..


 Ketika ini umurku baru 16 tahun..sebelah aku ni Yunus, sepupuku..kat belakang aku ni ada telaga kat bahagian dapur rumah Tok Chik
ini sepupuku Yunus

Aku masih ingat..
Di saat bah surut.. kami cucu2 Tok Chik yang kaki mencari ikan darat (ikan air tawar) mulakan operasi... kami ke belakang rumah Tok Chik.. ada satu telaga dalamnya paras leher... 
kami percaya..selepas bah..akan ada ikan berkumpul dalam telaga itu.. apa lagi.. semua pakat2 timaba air hingga surut... setelah surut...maka kelihatan lah ikan yang besar2.. ikan haruan sebesar peha..pergh..ikan keli sebesar lengan...memang best la... kami dapat tangkap ikan hampir seguni kecil.. malang tak berbau..aku disengat ikan keli.. waaa.. berdenyut sakit... tapi dek kerana sangat seronok dapat ikan banyak..aku buat tak tau jer kesakitan tu...
ikan dibahagi-bahagikan..

Aku masih ingat...
Satu petang..aku mengikut Tok Chik pergi menjala ikan di parit belakang rumah... teringin nak belajar menjala..tp waktu tu aku bukan besar sangat..nak tebar jala pun aku rasa tak larat.. banyak juga ikan darat yang dapat.. aku jadi tukang kutip ikan jer la.. sangat seronok waktu itu.. hari2 makan ikan darat (ikan air tawar).. tak perlu beli ikan di kedai.. cari jer belakang rumah...

Aku masih ingat..
ketika aku disengat tebuan dek kerana mencari daun getah nak buat tapai.. sehingga demam aku dibuatnya... Tok Chik lah yang bawa aku pulang dan Woo (Isteri Tok Chik) sapukan ubat pada aku.

Aku masih ingat..
Tok Chik ada memberikan aku tabung buluh dan juga rehal..masih ada ku simpan sehingga hari ini...
ingin sekali aku berjumpa dengan Tok Chik.. tapi sekarang... Tok Chik hanya dalam kenangan..

Inilah Rehal pemberian Tok Chik kat aku..masihku guna sehingga hari ini..

Ini pula Tabung Buloh pemberian Tok Chik.. masih ada lagi aku simpan...

semoga kebaikan Tok Chik menjadi asbab ia ditempatkan di kalangan hamba2 yang beriman..
Terima kasih Tok Chik...  Al-Fatihah..

Anda Mungkin Berminat

0 comments

Visitors