Dah lama tak pergi kebun

By 8:34 AM

Dah hampir setahun aku singgah kebun..entah apa jadi dengan kebun aku..
sabtu lepas aku nekad pergi kebun..
pagi2 pukul 8 aku dah tolak...
dengan bebekalkan parang panjang sebilah..untuk buat tebas semak samun...
sesampainya di kebun..

Ya Allah...

jauh kat sana taruk motor... (dah tinggi2 pokok)

Apa sudah jadi..pokok2 semak samun dah tinggi..
aku nak bersihkan kebun pun agak risau..kot la ada ular ke..

Aku nekad..aku tebas juga pokok2 yang tumbuh meliar tu..

kelihatan nanas2 yang pernah aku tanam dulu tu..masih tak naik2... terbantut..

Tapak tanah yang aku beli.. rumput dan pokok dah tinggi..

dah penat...ini bukan menebas lagi.. ini menebang...
terdapat banyak pokok2 tinggi dan besar...
maklum la dah lama tak gi kebun..

kelihatan tanah2 orang lain pun cam tak terjaga..
cam tak ada orang datang bersihkan..
pokok2 semua tinggi2..
dengan rumpu dan semak samun sudah menhijau...


nampak gayanya aku tak leh bagi ruang ni..
sabtu ahad minggu ni aku kena pergi lagi...
kasi bersih semua... Inn Shaa Allah...

You Might Also Like

0 comments