Driver Bas Enggan Berhenti Solat Subuh

3:03 PM

Assalammualaikum.. aku nak  malam satu cerita sikit dengan kawan2... kisanya bermula malam tadi.. ambe menaiki bas di seksyen 17 shah alam balik ke terengganu. Perasaan aku memang sangat seronok kerana tidak sabar nak jumpa emak dan ayah di kampung menyambut hari raya korban bersama2...

Alhamdulillah..dapat juga aku tiket balik kampung... 9.20pm bas bertolak... aku duduk di tempat duduk 23. Alhamdulillah ada seorang pakcik duduk di sebelah aku.. dapat juga teman bersembang.. agak lama juga  kami sembang... kira2 pukul 11pm lebih barulah kami berhenti bersembang.. aku pun dah mengantuk.. masa untuk tidur.. zzZ..

Kira-kira pukul 2am lebih ambe terjaga... toleh diluar bas, jalan jam.. tak kisah la... sambung tidur lagi bagus... zzZ... kira2 pukul 5am lebih aku terjaga lagi.. serjuk betul dalam bas.. jaket hitam aku selimutkan muka dan badan...sangat sejuk..tak tahan... tidur lagi.. zzZ

Al kisah.. pukul 6am aku terjaga.. sudah subuh rupanya.. dalam hati aku cuba mengagak sekejap lagi driver bas akan berhenti di mana-mana masjid atau surau untuk solat subuh.. tunggu punya tunggu pukul 6.30am driver bas masih belum berhenti untuk solat.. aku dah rasa tak sedap hati dah... aku dah mula merungut pada pakcik di sebelah ni... aku tertanya2 dalam hati kenapa driver bas tidak kisahkan hal solat.. dan kenapa dalam ramai2 penumpang  dalam bas itu tiada seorang pun yang berani ke depan mengarahkan driver bus untuk berhenti mana2 masjid atau surau untuk solat...sedangkan aku tengok penumpang2 bas semua macam alim2 jer.. tiba2 salah seorang driver bas ke tempat duduk di bahagian belakang bas.. aku tampil memberitahu driver tersebut supaya berhenti solat subuh.. driver itu bagitau akan berhenti beberapa minit lagi...

Jam menunjukkan sudah pukul 6.40am.. driver bas belum juga mahu memberhentikan bas untuk bersolat subuh.. aku dah tak boleh tunggu lagi.. aku tekad dan pergi ke hadapan dan meminta driver bas supaya berhentikan kat mana2 masjid atau surau.. berhenti kat petronas pun tak apa.. sebab di petronas ada surau.. kesal betul aku bila mendengan jawapan dari driver bas itu.. katanya "dah lewat, tak boleh berhenti"... aku sangat kecewa dan sedih.. driver bas itu orang islam dan majoriti penumpang dalam bas itu adalah orang islam.. mereka langsung tidak memikirkan dan menjaga hubungan dengan Allah.. sedangkan hubunga kita dengan Allah sangat penting dalam kehidupan kita.. lagi2 solat itu wajib dan amanah Allah untuk hambaNya..

Aku bulatkan hati.. aku tak kira, aku kena cakap gak.. aku cakap kat pada driver itu.. "Abang, boleh tak berhenti kat mana2 masjid atau surau? Ramai yang nak solat ni!!".. melihat ambe begitu nekad.. driver bas itu terpaksa akur.....

Alhamdulillah, 6.50am bas berhenti di satu surau kawasan cherating. aku memberitahu kepada semua penumpang "sapa2 nak solat subuh bolehlah turun"... Alhamdulillah semua turun solat... Kelihatan kedua2 driver bas tu tidak terus ke surau..sebaliknya melencong ke arah lain..entah la.. selesai solat, aku terus dapatkan bas.. kelihatan kedua2 driver bas tu sedang berjalan kaki..di tangannya ada bungkusan makanan..sah..dorang gi kedai beli maknan.. Istighfar aku seketika.. bukan solat yang diutamakan..makanan yang dicarinya dulu..subhanallah..

Setelah semua selesai solat, baru la kami mulakan perjalanan kami menujuk stesen bas MPKT, Kuala Terengganu.

Inilah Masjid Paya Peladang, tempat kami solat subuh...

Aku harapkan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.. dan diharapkan driver bas ambil peduli akan soal solat.. solat itu amanah Allah kepada hambaNYA.. jangan sekali2 kita abaikan solat.. wallahualam...

Anda Mungkin Berminat

0 comments

Visitors