Dah Langgar Terus Blah…

By 11:21 PM

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku buat tajuk entry macam tu…?
Sebenarnya petang tadi ketika aku dalam perjalanan pulang dari kerja..
Ketika melalui susur selepas tol 60 sen nak ke meru… 
Sebelum memberhentikan motorku di lampu isyarat…
Tiba-tiba keluar sebuah motor jenis dari celah-celah kereta yang berhenti di lampu isyarat…
aku tak sempat elak.. “Allah!!”.. Dah kena langgar aku….
Syukur Alhamdulillah..aku tidak sedikit pun tercedera..dan motorku ok…
Yang buat aku geram seketika..mamat yang langgar aku tu…pandang mukaku seolah-oleh aku yang bersalah…kemudian dia palingkan mukanya dan terus beredar..
Eh mamat ni…dah la langgar aku…muka garang pulak tu bila tengok aku.. dah la tak minta maaf..blah macam tu jer… tak per..sabar… fikir positif….
Lampu dah hijau…
Aku teruskan perjalanan…
Dalam hatiku…terdetik…kenapa mamat tu tak minta maaf ya dengan aku..senyum pun tak nak…
Mungkin mukanya memang macam tu kot…
Mungkin dia terkejut..tergamam..tersentak..terus tak sempat nak senyum..tak sempat nak mintak maaf…dalam keadaan nak cepat… mungkin la kot… erm..mungkin…
Tak per la..aku maafkan dia…
Motor mamat tu masih berada di hadapan ku..
Kelihatan dia slowkan motornya…

sempat lagi tu aku tangkap gambar manat ni..cehwah..

Aku melintasi mamat tu..dan aku terus aku angkat tangan lambai kat mamat tu sambil senyum kat mamat tu.. Korang nak tau apa reaksi mamat tu?
Mamat yang muka garang tadi tu… angguk-angukkan kepala sambil senyum padaku…
Mamat tu lambai-lambai tangannya kat aku…seolah2 dia sedar akan kesilapannya td..
Erm…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Aku syukur..syukur bukan sahaja aku terselamat dari kemalangan td…
Malah Allah bagi pelajaran pada aku hari ni… 
Pelajaran betapa baiknya bila aku bersabar kawal kemarahan…
Betapa baiknya bila aku buang egoku dan menegur mamat tu terlebih dahulu..
Mamat tu balik pun dalam keadaan tidak sakit hati (mana tau kot2 awal2 tu dia bengang dengan aku pasal ingat aku langgar dia…siapa tau kan?)
Dan aku juga tidak sakit hati..pasal aku dah maafkan dia awal2 lagi..
Alhamdulillah…aku masih selamat..
Alhamdulillah..syukur…


You Might Also Like

0 comments