Resepi Roti Naan / Roti Tempayan

By 12:18 PM

Entry kali ni aku nak share resepi Roti Naan / Roti Tempayan yang diambil dari Mak kat kampung.. antara resepi lain yang aku belajar dari Mak ialah Resepi Nasi Dagang Terengganu Asli, Resepi Kuah Nasi Dagang Terengganu, Resepi Nasi Minyak, Resepi Kuah Nasi Minyak, Resepi Nasi Kuning dan Resepi Kuah Nasi Kuning. Aku turut mengambil Resepi Roti Canai Sedap dan Lembut.

Roti Naan / Roti Tempayan

Bahan-Bahan
Tepung Gandum – 1 kilo
Mauripan / Ibu roti / serbuk penaik – 1 paket ( korang agak2 je la..)
Gula – 1 atau 2 sudu besar
Garam Halus - 1 atau 1 setengah sudu kecil
Telur – 1 biji (Kalau tak nak letak telur pun tak per..)
Majerin – 1 sudu besar
Susu Pekat – 4 sudu besar (nak letak boleh, tak nak letak pun tak per)
Air – agak2

Cara-Cara
Rendam terlebih dahulu mauripan/yis/ibu roti/serbuk penaik dalam cawan berisi air suam-suam kuku bersama 2 sudu besar gula dan 1 1/2 sudu kecil garam, 4 sudu susu pekat, serbuk pelembut tepung/roti dan kacau hingga sebati..(agak la) – Bahan A
Sementara itu, masukkan gandum 1 kilo dalam bekas (mangkuk/besen) berasingan..masukkan majerin 1 sudu besar
Seterusnya, masukkan bahan A ke dalam bekas yang berisi tepung tadi, masukkan telur sebiji.. dan uli sehingga sebati..ketika uli, masukkan air sedikit demi sedikit (tepung jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik..agak2 la ya..)
Setelah uli, Peram (Perap) tepung yang telah diuli itu hingga kembang (naik)/gebu (agak2 la..kira2 dalam 45 minit-1 jam ok kot..)
setelah itu jadikan ia doh-doh kecil (agak2 jer…sebesar doh roti canai yang korang lihat kat kedai tu.. tapi jangan sapu majerin macam orang buat roti canai tu ya..)

jadikan doh-doh kecil

kemudian perap/biarkan doh-doh tu kembang…gebu gitu..(kira2 dalam 20 minit la)..

Resepi Roti Naan Roti Tempayan
begini keadaanya setelah perap 20 minit..

bila dah sedia..ambil 1 doh dan sapukan sedikit serbuk gandum atas doh tu..kemudian canai/gelek la doh tu biar jadi leper–gelek pakai gelas pun tak per..gelek sampai leper sebesar roti canai….kemudian bakar tanpa minyak.


dah siap.. Roti Naan / Roti Tempayan ini boleh makan bersama rendang dangin/rendang ayam atau sardin…

Resepi Roti Naan Roti Tempayan

Selamat Mencuba

You Might Also Like

10 comments

  1. salam perkenalan Jueliza jamani...

    ReplyDelete
  2. yer Zana...memang sedap... tak berminyak...

    ReplyDelete
  3. boleh cuba ni.. terima kasih resepinya yer rozi..

    ReplyDelete
  4. sama-sama...cuba la...mok ambe siap buka kedai roti naan lagi lagi kat terengganu... 1 keping rm2. nak jimat buat sendiri..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..Tumpang tanya..Doh tu boleh tahan berapa lama kalau biarkan pada suhu bilik?

    ReplyDelete
  6. boleh biarkan dalam 30minit - 1jam. pastu leh la terus bakar....

    ReplyDelete