Beli Basikal Baru Untuk Azhar Azfar

By 4:49 PM

Hari ni Azhar Azfar sangat seronok dapat basikal baru... mama bawa pergi kedai basikal bersebelahan Pasaraya Meru. Mana tidaknya, dari pagi semalam sampai la malam Azhar asyik merungut nak basikal jer... siap nangis2 lagi.. kasihannya..

Ayah bagi syarat kalau dah khatam quran untuk kali ke dua, dapat la basikal... sedih jer muka Azhar dan Azfar.. pagi semalam ayah dengar mama suruh Azhar ambil air sembahyang dan sembahyang.. mama suruh doa minta basikal dengan Allah...

Ayah tanya adik "Adik, Abang mana?"
"Abang kat bilik, solat..."

Magrib pula ayah ajak Azhar ke surau...suruh Azhar bawa duit dalam dompetnya letak kat tabung surau...
"Azhar doa ya... nanti Allah bagi basikal kat Azhar" kataku...
"Baik ayah..."

Dua hari lepas Azhar dah Azfar dan pandai naik basikal... belajar dengan anak jiran. terkejut juga Ayah.. bila masa pula Azhar Azfar ni pandai kayuh... tapi yang tak bestnya...

penagan jatuh basikal kat tepi longkang depan rumah... bengkak bibir Azhar

Tunaikan harapan Azhar Azfar memiliki basikal baru... 

kat kedai basikal

Azhar Azfar pilih basikal warna kuning... kena sama kalau tak nanti bergaduh...



Seorang RM155, beli dua = RM310

Balik rumah terus kayuh basikal... ayah belum balik keje lagi ni.. tunggu ayah balik ya...

You Might Also Like

0 comments