Kain Batik Mak

By 10:52 PM



Bila duk belek gambar2 lama..maka terjumpa la gambar ni.. perasan tak dalam gambar ni apa yang pelik...? haaa.. lucukan pemuda ber kain batik tu... kebiasaan yang ber kain batik tu perempuan kan? Tapi dalam gambar ni lelaki lak.. Gambar ini diambil ketika rewang untuk keduri perkahwinan adik perempuanku yang bongsu.

Bila aku tengok gambar ni, teringat pula zaman kanak-kanakku.. aku tiga beradik yang atas semua lelaki.. sangat lasak...yang kelakarnya bila keluar rumah untuk bermain, kami hanya ber kain batik mak.. kain batik mak la yang jadi sasaran kami.. sangat mudah.. sarung jer dan kilas... bayangkan.. keluar lastik burung pun hanya berkain batik, berselipar jepun. habis semak samun kami redah...

Sebenarnya, orang lelaki pantai timur kalau ber kain batik tidak menjadi satu kepelikan, lebih-lebih lagi orang Terengganu dan Kelantan. Sudah menjadi kebiasaan bagi aku, kalau pulang ke kampung mesti aku cari kain batik Mak... setakat nak jalan-jalan sekitar kampung aku tu dengan ber kain batik, tak ada hal lah.. anak orang pantai timur...sudah biasa macam tu.. walau aku sekarang ini jauh di perantauan...  semoga aku tidak lupa asal usul... sekian...

You Might Also Like

0 comments