Ikut Tok Janggut Puncak Alam Merawat di Gombak

By 2:13 PM

Assalamualaikum... apa khabar semua...
saje nak share... cerita minggu lepas ni.. hari minggu boring2 kat rumah ada baiknya keluar kan.. kebetulan Tok Janggut Puncak Alam, juga merupakan pengasas Terapi Islam Nurun Nubuwwah ajak aku ke gombak nak merawat pesakitnya. so, aku follow jer la.. seronok juga sekali sekala keluar.

Lebih kurang pukul 10 pagi anak kepada pesakit datang ke Pusat Terapi Islam Nurun Nubuwwah dan bawa kami ke rumahnya di gombak. perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Kami difahamkan rumah yang didiami oleh Makcik (yang hendak dirawat) tu ada penghuni lain (jin). Sebelum ini makcik tu pernah datang ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah bagi mendapat rawatan membuang saka. Alhamdulillah, kes setel.

 Perjalanan ke gombak

Setibanya kami di rumah Makcik tu, waahhh..cantik rumah makcik ni, bisikku.. rumah kayu, design lama..masih cantik. terserlah suasana kekampungan tu... aku  memang suka suasana kampung. udara yang nyaman..seronok..

 Tengok rumah  makcik ni, terasa suasana kampung

Setelah bereha beberapa ketika, Tok Janggut memulakan retual perubatan alternatifnya.. aku di sofa melihat jer sambil menagkap gambar dan minum air teh-o. aku juga dihidangkan karipap goreng. erm.. sedap inti karipap tu.. maklumlah free.




Pemerhatian aku, selama aku kenal dengan Tok Janggut ni, aku yakin kaedah yang digunakan adalah kaedah yang tidak bercanggah dari ajaran Islam. Bacaan yang digunakan adalah ayat2 Ruqyah (Bacaan Al-Quran). Bacaannya juga jelas ketika merawat pesakit.

Tok Janggut Selesai Merawat

Ini dia karipap sedap tu...bersama teh-o panas

Selesai merawat, kami dijamu makan tengahari, Alhamdulillah.. syukur. Sebelum bertolak pulang, kami diberi karipap segera yang dibeli dari kilang karipap di belakang rumah makcik tu. Alhamdulillah... perjalanan pulang, jalan jam..huh..sabar jer...

You Might Also Like

0 comments