Jumpa Minyak Orang Mati Dibunuh

11:48 AM

Assalamualaikum semua..

Entri kali ini agak mistik.. sebelum ini aku juga satu entri aku mengenai minyak orang mati dibunuh ditanam orang yang berhati busuk di luar rumah mak ayah aku... 2 botol minyak syaitan tu dijumpai. satu di hadapan rumah dan satu lagi di bahagian dapur yang ditanam agak dalam. boleh baca entri tu di sini. Kadang2 aku berasa hairan juga dengan manusia yang dianugera Allah akal fikiran.. sanggup menggunakan jin bagi merialisasikan hajat mereka... dalam hati masih tertanya-tanya apakah kesalahan yang dilakukan oleh orang tuaku sampai ada orang berbusuk hati terhadap mereka.. akibat daripada minyak syaitan itu, ayahku lenguh satu badan dan lutus sangat sakit dan sukar untuk bergerak ke sana  ke mari. Kesan turun dirasai oleh Mak aku.. kepala sering sakit dan badan lemah.


Berbalik kepada cerita terbaru ini.. orang tuaku baru sahaja memulakan perniagaannya dengan membuka satu warung makanan pagi yang dinamai Warung Roti Naan Bajet. Tidak sampai 1 bulan jualan kebiasaan agak menggalakkan tetapi tiba-tiba susut secara mendadak.. tidak ada yang mahu singgah.. masalah ini berlarutan 3, 4 hari juga... sehinggalah datang seorang pakcik bertanyakan kepada ayahku kenapa kedai dah 3, 4 hari tak buka... ayahku mengatakan kedai memang dibuka.. maka fahamlah orang tuaku itu... kedai dah disihir.. aku difahamkan kesan dari minyak syaitan tu.. adikku, mak adan ayahku serta adik iparku yang sama2 menguruskan kedai, badan mereka lemah dan lutut sakit.


Orang tuaku memanggil seorang ustaz bagi membantu memulihkan kedai... waktu merawat, ustaz menjumpai 2 botol minyak orang mati dibunuh yang ditanam di penjuru luar kedai.. tidak diketahui siapa punya angkara. Sabar lah mak..sabar la ayah.. orang yang menzalimi orang lain akan mendapat balasan yang berat dari Allah...

Terdapat paku, minyak dagu dalam botol kecil ni.

Anda Mungkin Berminat

0 comments

Visitors