Oh Anak Ayah!! Kasihannya

11:57 AM

Assalamualaikum Semua...

Ini cerita semalam.. waktu rehat di tempat kerja..dapat call dari wife. Anakku Azfar terhantuk meja kat rumah.. kepala berdarah. Azfar nangis2. Ni mesti duk bergurau sakan adik beradik ni.. Azhar dan Azfar adik beradik kembar..

 Agak besar luka

Aku tak fikir panjang, isi borang keluar..terus balik rumah dan bawa Azfar gi klinik yang berdekatan dengan tempat tinggal aku. Azfar nangis2 tak nak gi klinik... setelah dipujuk, akhirnya pergi juga... Azfar ni manja sikit dari abangnya, sik kena pujuk jer.. tapi abangnya Azhar senang sikit nak pujuk.

Di Klinik Keluarga, Puncak Alam.. Doktor cakap kepala Azfar kena jahit. Azfar apa lagi, nangis2 la tak nak...puas memujuk, tetap juga tak nak... ni tak leh jadi.. terpaksalah aku guna cara paksaan.. aku dan 2 lagi pembantu klinik sama2 baringkan Azfar dan pengang erat2 agak tak dapat gerak. Aku dah tak peduli Azfar nak nangis..nagis la...haha..

 Azfar tengah nangis

Akhirnya kepala Azfar berjaya dijahit dengan 3 jahitan... Alhamdulillah.. huh.. kadang pening dengan kelasakan Azhar dan Azfar.. Mama dorang lagi la penat, hari2 melayan kerenah Azhar dan Azfar di rumah.

 
Dah selesai

Anda Mungkin Berminat

0 comments

Visitors