,

Apa Itu SEO (Search Engine Optimazation)

12:46 AM

Apa itu SEO? Masih ramai yang belum tahu tentang SEO. Bagi sifu-sifu web/blog tentu sudah tidak asing lagi dengan perkataan seo. Namun bagaimana pula dengan kita yang baru mendengar tentang seo semestinya tertanya-tanya apa itu seo dan mungkin kita pernah membuat carian google mengenai seo namun jawapan yang diperolehi tidak berapa memuaskan hati anda. ada juga web/ blog yang hanya menceritakan hasil dari seo tetapi bukan memberikan ilmu tentang seo itu apa.

belajar seo apa itu seo

Di sini ini saya akan berkongsi dengan anda apa itu SEO. SEO atau dengan kata lain Search engine Optimazation. Seo boleh dikatakan sebagai teknik atau proses menaikkan rank blog/web pada kedudukan utama dalam mesin carian seperti google, yahoo bing dan sebagainya. atau dengan maksud yang lebih dalam lagi iaitu dengan teknik seo ini maka kita akan menempatkan artikel kita pada halaman awal web carian di google/ yahoo/ bing dan lain-lain mesin carian dengan keywoard yang sama. Teknik seo adalah mengoptimaz artikel kita untuk dapat bersaing di web-web carian itu di google bing yahoo dan web-web carian yang lain.

Bagi membolehkan anda lebih faham lagi apa itu seo, saya bagi anda contoh. Katakan anda membuat carian google dengan menaip keyword "resepi roti naan". anda akan lihat terdapat banyak entri/artikel mengenai resepi roti naan. lihat gambar di bawah ini.

Apa Itu SEO (Search Engine Optimazation)

Rujuk gambar dia atas, anda dapat lihat beberapa entri/artikel yang disenaraikan di page pertama dalam carian google. Entri yang paling atas iaitu dari blog rozitalib.com mempunyai tarikan seo yang sangat kuat membolehkan entri itu berada di kedudukan paling atas. saya percaya, anda sudah pun memahami apa itu seo serba sedikit bukan?

belajar seo apa itu seo

Untuk memahami dan belajar seo ini bukan la sekadar faham, paraktis sikit dan terus berhasil. Kita perlulah berusaha mencari kelemahan yang ada pada blog kita dan mencari keyword yang sesuai dan sebaik mungkin walaupun artikel yang kita buat itu sama namun kita mampu menempatkan artikel itu di kedudukan yang paling utama. Sebagai contoh, apabila kita membuat satu-satu carian di carian google, kita hanya akan buka laman web yang tertera pada laman pertama hasil carian google. Beruntunglah bilamana artikel kita berada di laman pertama dalam carian google. Belajar SEO memang sangat mudah bagi mereka yang ingin belajar namun akan terasa susah bagi mereka yang malas berusaha.

belajar seo apa itu seo

Sebenarnya, terdapat banyak teknik dalam seo, contohnya melalui tajuk entri, content dan seo gambar. dan banyak juga medium percuma yang boleh kita gunakan bagi menaikkan rank blog/web kita. Secara ringkasnya yang dapat saya simpulkan, SEO adalah teknik dalam menaikkan entri kita agar mudah dijumpai.

mudah-mudahan entri ini membantu...

Anda Mungkin Berminat

2 comments

  1. Salam.. Perkongsian yang menarik. Jemput singgah n follow blog sy --> http://abrilliantdaydreamerr.blogspot.my/ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..terima kasih visit blog saya..

      Delete

Visitors