BABI HUTAN MASUK MASJID SG PLONG SUNGAI BULOH

By 9:03 AM

Assalamualaikum. Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan kes Babi hutan masuk masjid Sg. Plong, Sungai Buloh. Mungkin sesetengah orang merasakan perkara ini nampak pelik dan jarang berlaku. Pada aku, hal ini tidaklah pelik dan ada beberapa masjid/surau lain yang pernah mengalami hal yang sama.

Jujur aku katakan, hal ini berlaku pasti ada sebab dan hikmah sebaliknya. Persoalan yang timbul dan bermain-main di kotak fikiranku.. Babi tu makhluk Allah.. Apakah babi tu tak tau yang dimasuki itu adalah masjid? Masjid kan rumah Allah? Kenapa Allah membenarkan Babi tu masuk masjid dan mengganggu jemaah dalam masjid?

Pada aku, itulah peringatan Allah kat kita semua. Masyarakat sendiri malas ke masjid, solat berjemaah di masjid, sekali Allah hantar BABI masuk masjid. Tak terasakah kita? Binatang yang senajis itu Allah arahkan masuk masjid.

Pernah satu ketika surau di tempat saya dimasuki anjing liar. kelihatan sama jer kes babi hutan ni. Ayuh saudaraku, celiklah  mata hatimu. pandanglah dengan hikmah. kita akan nampak....

Wallahu'alam...






Di bawah adalah petikan dari imam masjid Sg Plong:

Saya mewakili Tuan Nazir dan Pegawai2 Masjid Jamek Sungai Plong mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu pihak masjid ketika berlaku musibah di masjid ini.

Pada hari ini, 6 Mac 2018, Selasa, ketika jamaah masjid sedang melakukan solat sunat Ba'diah maghrib, masjid kami telah 'dikunjungi' oleh seekor babi hutan jantan yang tersesat masuk ke dalam kawasan pagar masjid, mengejar jamaah dan kanak2 diluar dan seterusnya masuk ke dalam dewan solat dalam keadaan cedera di lehernya..

terdapat seorang jamaah yang cedera akibat disondol oleh binatang tersebut.

Ramai jamaah berusaha menyelamatkan diri dan ada di antara jamaah yg berusaha menghalau binatang tersebut keluar dari dewan solat..

setelah berjaya diumpan keluar dari dewan solat, binatang tersebut menumbangkan 2 buah motosikal..

Akhirnya binatang tersebut berjaya ditembak oleh Cikgu Mustafa, jamaah masjid yang mempunyai senapang patah..

Pihak Balai Polis Sg Plong juga dihubungi bagi membantu menenangkan keadaan...

Lebih kurang 3/4 bahagian di dalam dan beranda masjid terjejas akibat masalah ini. Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Pihak JMNS akan hadir esok bagi membuat penilaian berkaitan masalah Sertu dan karpet masjid..

Pada ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas..

Saya memohon kepada semua terutamanya ahli kariah MJSP agar dapat bersama2 berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin..

Sesungguhnya musibah yang berlaku pada hari ini besar hikmahnya..

Sekian

Hj Ungku Ahmad Hazwan Bin Ungku Kamarudin
Imam 1

Anda Mungkin Juga Meminati

0 comments